CERITA SEBANAR PEMANDU TEKSI LANGGAR DAN MENGASARI GADIS Myvi WWC 1402

CERITA SEBANAR PEMANDU TEKSI LANGGAR DAN MENGASARI GADIS Myvi WWC 1402 | Pemandu teksi dikatakan telah melanggar kereta salah seorang gadis tersebut sehingga berlaku kekecohan dan terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.
PETALING JAYA: Selepas video kes buli jalanan melibatkan gadis bernama Kiki Kamaruddin (CDM) yang didakwa memukul lelaki yang berumur sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai kini kes yang hampir sama berlaku melibatkan sekumpulan gadis.
PEMANDU TEKSI
Video yang berdurasi 1:02 minit itu menjadi viral di media sosial apabila ia memaparkan ‘adegan’ beberapa gadis bergaduh dengan pemandu teksi selepas kereta yang dipandu mereka dilanggar teksi terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku di Shah Alam tengah hari tadi.
gadis-myviPemandu teksi dikatakan telah melanggar kereta salah seorang gadis tersebut sehingga berlaku kekecohan dan terpaksa ditenangkan oleh orang ramai.
Walaupun cuba ditenangkan, tetapi video itu ternyata membuktikan gadis-gadis itu terus bertindak aggresif dengan memaki hamun pemandu teksi.
Keadaan dipercayai bertambah tegang apabila pemandu teksi tersebut bertindak melepaskan geram dengan memukul salah seorang gadis.
Teksi langgar Myvi WWC 14022
Antara kata-kata yang terdapat dalam ramakan tersebut:

‘Kumpulan gadis: Hoi ambil la gambar ko, p*** ko.’
‘Pemandu teksi: Mulut tak ada agama langsung.’
‘Kumpulan wanita: Kau tu ada agama?’
‘Pemandu teksi: hati kau tu, telefon aku mahal oi.’

Insiden itu akhirnya dilaporkan di balai polis berdekatan.
Bapa kepada salah seorang gadis tersebut juga dilapor bertindak memukul pemandu teksi sehingga mukanya berdarah selepas mendapat tahu anaknya dicederakan.
Ramai pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu teksi dengan menyifatkan kebanyakkan mereka berkelakuan kurang ajar terutama sekali apabila berhadapan dengan pemandu wanita.