Cara Uruskan Masa Dengan Berkesan

1026 views

Cara Uruskan Masa Dengan Berkesan | Ada yang merasakan masa 24 jam tidak cukup untuk melaksanakan semua aktiviti harian. Puncanya, sebab kurang bijak uruskan masa dengan betul.

Ada segelintir yang terpaksa menangguhkan kerja akibat kesuntukkan masa. Ada juga yang sampai stress sebab tak dapat siapkan kerja. Sedangkan ramai lagi yang lain yang bukan sahaja mampu siapkan kerja dalam masa yang ditentukan tetapi mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama keluarga dan insan tersayang.

Kenapa ini berlaku?

Semuanya berkaitan dengan pengurusan masa. Jika anda tahu cara menguruskan masa dengn berkesan, pasti tugasan dapat disiapkan dengan lebih awal dan anda akan memiliki lebih banyak masa untuk melaksanakan aktiviti lain yang digemari.

Bagaimana menguruskan masa?

Cara Uruskan Masa Dengan Berkesan

Di sini dikongsikan Cara Uruskan Masa Dengan Berkesan:

1) Susun tugasan seharian mengikut prioriti. Contohnya bahagikan kerja kepada beberapa kategori antaranya Urgent, Important dan sebagainya. Siapkan dulu kerja-kerja yang dikategorikan dalam kumpulan Urgent, diikuti kategori important dan kategori yang seterusnya. Bila kerja lebih tersusun, anda tidak akan kelam kabut untuk memilih mana satu untuk disiapkan dahulu.

2) Apa yang penting ialah jangan tangguhkan kerja. Cuba siapkan kerja tepat pada masanya. Jika anda suka tangguhkan kerja, anda akan rasa seperti kerja anda semakin menimbun. Kerja yang semakin berlambak, pasti akan mengambil masa untuk diselesaikan. Dan ini akan membuatkan sebahagian masa 24 jam itu, dihabiskan untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh.

3) Sediakan To Do List atau buat jadual waktu untuk hari berikutnya sebelum anda lelapkan mata. Ini akan membuatkan masa anda untuk keesokkan hari lebih terurus. Dan bila anda bangun keesokkan pagi, anda akan lebih bersedia dan tidak perlu membuang masa untuk memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk hari ini.

4) Jangan bebankan diri dengan bebanan kerja yang tidak sepatutnya. Elak dari melakukan pelbagai kerja dalam hari yang sama. Jika kita terlalu merancang banyak perkara untuk disiapkan dalam satu hari, badan akan cepat letih. Anda pasti akan perlukan lebih masa untuk siapkan satu-satu tugasan jika badan penat. Dan ini akan melambatkan lagi tempoh anda menyiapkan tugasan yang berikutnya.

Mudah-mudahan 4 Cara Uruskan Masa Dengan Berkesan ini akan membantu anda semua untuk menyiapkan kerja dalam masa yang ditentukan dan memiliki lebih banyak masa terluang untuk aktiviti yang digemari.

Tags: #cara uruskan masa #kaedah pengurusan masa yang praktikal #panduan urus masa dengan bijak #petua menguruskan masa #tips pengurusan masa