Cara Mengurat Yang Boleh Diterima Pakai[Video]

813 views

menguratPick Up Lines atau ayat mengurat biasanya digunakan oleh lelaki untuk memikat wanita tetapi ada juga wanita yang menggunakannya. Lelaki bila mereka dalam satu kumpulan tak kiralah sedang lepak atau apa, masa itu masing-masing nak mengurat tapi sebenarnya wanita tidak selesa dengan cara itu. Cuba jadi lelaki budiman, dekati wanita dengan cara yang betul. Antara ayat mengurat yang boleh diterima pakai:

Bila ingin perkenalkan diri, cuba bergurau dengan cara ini, “Hi! My name is Farhan but you can call me tonight.” Pasti dia akan berminat untuk berbual dengan lebih panjang lagi.

Agak cliche cara ini, tapi kadang-kadang berjaya! “Excuse me miss. Saya misplaced HP lah, boleh tolong miss call tak?”

Di parti hari jadi teman, anda terpaut pada si dia tapi tak tahu bagaimana cara untuk mendekatinya? “Erm… Muka awak ni familiar, tapi saya tak ingat di mana. Bla bla bla…” (teruskan berbual)

Jika anda ingin bergegas ke tempat lain dan tiada masa untuk berbual panjang, bertukar kad dengan si dia. Katakan yang anda ada sesuatu ingin dibincangkan tetapi masa tidak mengizinkan.

Eberita! kongsikan video mengurat yang menarik. Jangan jadi macam ni sudahlah ya!

Tags: #cara mengurat