Cara Khusyuk Dalam Solat

542 views

Solat adalah tiang agama. Solat terbahagi kepada solat fardu dan solat sunat. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu yang ditetapkan.  Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Foto : deviantart.com

Foto : deviantart.com

Solat yang dilakukan hendaklah kusyuk. Disini kami kongsikan bagaimana untuk kusyuk di dalam solat.

  1. Sentiasa melaksanakan solat secaraberjamaah(yang paling afdhal ialah di masjid)
  2. Menjaga makanan dan minuman agar terjaminhalalnya
  3. Memperbanyakkansedekahkepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan
  4. Mengambil wudhu’ dengan sempurna supaya air mengenai semua anggota yang wajib serta mengingati niat atau doa apabila air melalui setiap anggota
  5. Memakai pakaian yangbersih
  6. Tempat sujud dipastikan tiada gambar yang bakal mengganggu fikiran atau membimbangkan hati
  7. Mengingati mati dan kemungkinan itu adalah solat kita yang terakhir
  8. Menyedari diri bahawa diri sedang berhadapan dengan ALLAH yang Maha Agung dan Maha Mengetahui segala rahsia hambaNya
  9. Memenuhkan dada dengan perasaanTAKUTdan rendah diri kepada Allah yang memerhatikan segala gerak geri kita
  10. Memahamisegala bacaan dalam solat termasuk ayat-ayat Quran dan zikir-zikirnya
  11. Memandang ke tempat sujud dan tidak terlalu banyak menggerakkan anggota dan berpaling semasa dalam solat
  12. Memusatkan seluruh ingatan kepada solat itu
  13. Memanjangkan sedikit tempoh semasa sujud dan rukuk
  14. Memastikan tidak ada gangguan dalam kawasan kita bersolat
  15. Jangan memandang ke kiri dan kanan semasa solat

Moga-moga perkongsian ini dapat membantu anda untuk kusyuk ketika solat.Selamat beramal 🙂 sumber -kisahwanita.com

Tags: #cara khusyuk dalam solat #panduan khusyuk di dalam solat #panduan solat

loading...