5 Gambar: Bunuh, potong, dan rebus mayat bekas isteri

2674 views

5 Gambar: Bunuh, potong, dan rebus mayat bekas isteri|Anggota tubuh Magdalena Aguilar Romero, 28, Taxco, Guerrero, Mexico, yang hilang sejak lebih seminggu lalu, ditemui dalam periuk di atas dapur dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dipotong-potong oleh bekas suaminya.

Daily Mail melaporkan, selain dalam periuk di atas dapur, bahagian lain mayat wanita beranak dua itu ditemui dalam beg plastik yang disimpan dalam peti sejuk di rumah bekas suaminya, Cesar Lopez Arciniega.

Jurucakap polis negeri Roberto Alvarez berkata: “Kami mengesyaki anggota tubuh wanita itu direbus.”

Menurut laporan Fox News, kaki dan tangan wanita itu ditemui dalam periuk di atas dapur manakala bahagian pinggulnya yang sudah siap direbus, berada dalam beg plastik dekat dapur.

Magdalena kali terakhir dilihat pada 13 Januari lalu, ketika meninggalkan rumahnya di Taxco untuk mengambil anak-anaknya di rumah bekas suaminya.

Polis kini memburu Arciniega yang dipercayai melarikan diri selepas mengetahui dia disyaki sebagai suspek utama.

Polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu.

Tags: #Bunuh #dan rebus mayat bekas isteri #Potong