Bunuh Pensyarah, 3 Penuntut Kolej Dihukum Gantung

931 views
TIGA bekas pelajar sebuah kolej antarabangsa Mohamad Zul Shahril Suhaimi, Mohamad Sharafe Matt Noh dan Azizi Aizat Ibrahim dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini selepas didapati membunuh pensyarah Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, dua tahun lalu. FOTO Roslin Mat Tahir

Shah Alam – Tiga sahabat bekas penuntut kolej dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahakamah Tinggi di sini, pagi ini selepas didapati bersalah membunuh seorang pensyarah dan bapanya dua tahun lalu.

Hakim Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Zul Shahril, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, selepas mendapati pembelaan mereka hanya bersifat penafian semata-mata.

Suasana mahkamah menjadi sayu apabila ibu tertuduh pertama pitam selepas memeluk anaknya yang sedang dibawa keluar.

Ibu dan isteri mangsa Normaliah Mahmood, 53, bagaimanapun kelihatan keluar dari kamar mahkamah sebelum keputusan dibacakan berikutan tidak sanggup mendengar penghakiman dibacakan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan kesalahan membunuh pensyarah Bahasa Inggeris Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, di rumah nombor 28 Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong, antara jam 1.30 dan 2.30 pagi 9 Mac 2012. – myMetro Online

Tags: #Bunuh #Dihukum #Gantung #Kolej #Pensyarah #Penuntut