Buku Tidak Dikenakan GST

435 views
gst bukuSemua jenis buku kecuali buku nota kosong tidak dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai Rabu ini.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong, keputusan itu diambil dengan sokongan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan orang ramai.
Difahamkan, semua buku seperti novel, buku sejarah, buku agama, buku memasak dan sebagainya tidak dikenakan cukai GST.
“Cuma buku catatan atau buku yang tidak mempunyai sebarang tulisan akan dikenakan GST kerana dianggap sebagai alat tulis,” kata Chua.
Manakala, buku digital dan semua jenis majalah akan dikenakan cukai berkenaan kecuali akhbar digital.
Perkara ini diumumkan oleh Chua selepas melancarkan perlumbaan Power Boat F3000 di Danga Bay, sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor
Berdasarkan keputusan itu, industri penerbitan yang kini menghadapi pelbagai jenis cabaran akan terus stabil dan berkembang maju.