BUDAK SEMBILAN TAHUN MELAHIRKAN ANAK ?

1031 views

4

 

 BUDAK SEMBILAN TAHUN MELAHIRKAN ANAK ? | Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dilapor melahirkan anak.Pihak berkuasa Mexico berkata semalam, kanak-kanak itu melahirkan bayi perempuan seberat 2.6 kilogram pada 27 Januari lalu di Hospital Zoquipan, di negeri Jalisco, barat negara itu.

Ibu kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Dafne memberitahu pihak berkuasa tempatan: “Anak saya sangat gemuk ketika hamil. Bapa bayi itu ialah remaja berusia 17 tahun, tetapi kami belum lagi bertemunya kerana dia melarikan diri.”
Jorge Villasenor dari pejabat pendakwa raya berkata: “Kami masih memburu remaja lelaki itu untuk mendapatkan maklumat daripadanya kerana kanak-kanak perempuan terbabit tidak faham apa yang berlaku.
“Ini adalah kes pemerkosaan atau penderaan seks kanak-kanak,” katanya. Kanak-kanak itu dan anaknya yang dalam keadaan sihat keluar dari hospital hujung minggu lalu. – Agensi

Tags: #9 TAHUN #Anak #Bayi #BERANAK #Budak #kanak-kanak #KEJADIAN PELIK #Mangsa #mangsa rogol #MAXICO #MELAHIRKAN #MELAHIRKAN ANAK #PENDERAAN SEKS #RAMAJA #Remaja #Rogol #SEMBILAN TAHUN