Budak Hilang Iman Dan Alysyah Belum Dijumpai

678 views

hilang-1

Budak Hilang Iman Dan Alysyah Belum Dijumpai |  Keresahan pasangan ibu bapa tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila dua orang anaknya yang masih kecil kini sudah dua hari hilang.

Menurut bapa kepada Mohd Iman Zafri, 11, dan juga adiknya, Nur Alysyah Zafiera, 9, yang hanya mahu dikenali sebagai Huzaifah berkata, anak-anaknya itu masih tidak dijumpai selepas keluar membeli barang di kedai runcit di Taman Daya.

Dalam pada itu, Huzaifah turut meminta orang ramai supaya hentikan sebarang penyebaran spekulasi di laman sosial yang mengatakan anak-anaknya itu telah ditemui. Sebaliknya, mereka berdua masih tidak ditemui sejak dua hari lalu.

“Saya minta orang ramai hentikan spekulasi yang mengatakan anak-anak saya telah ditemui kerana sehingga hari ini kami masih tidak menemui mereka berdua.
“Kami masih mencari mereka berdua di sekitar Johor Bahru dan kami memang tidak menjumpai mereka berdua. Kalau kami jumpa mereka, pihak keluarga akan ambil gambar dan buat laporan polis sebagai bukti,” katanya
Beliau berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai mereka ada menunjukkan dua beradik itu berjalan menghala ke kedai yang hendak dituju.Bagaimanapun, rakaman tersebut tidak memaparkan sebarang petunjuk lain tentang kehilangan mereka.

“Rakaman terakhir menunjukkan gambar mereka berdua pada jam 9.30 malam,” katanya.
Iman Zafri, dan Nur Alysyah hilang kelmarin sekitar jam 9 malam di sebuah deretan premis perniagaan di Jalan Pinang 52, Taman Daya, Johor Bahru.

Menurut ibunya yang hanya mengenali dirinya sebagai Yana berkata, semasa kejadian, Mohd Iman memakai baju hitam dan seluar hitam manakala Nur Alysyah memakai baju tidur putih dengan bintik merah.
“Si abang meminta kebenaran untuk keluar ke kedai runcit di bawah. Itu perkara biasa dan saya izinkannya kerana pemilik kedai itu juga mengenali saya dan anak-anak saya.

“Namun, saya tidak menyangka Mohd Iman akan membawa sekali adiknya,” katanya.
Tambah Yana, sebelum meninggalkan kedai tersebut, Mohd Iman sempat bertanya kepada neneknya sama ada mahukan apa-apa dari kedai tersebut.

“Selalunya dia akan mengambil masa lima minit untuk kembali ke kedai kami dibahagian atas. Semalam, selepas 15 minit, dia tidak muncul dan itu membuatkan saya dan suami berasa tidak sedap hati,” katanya.
Yana dan Huzaifah sudahpun membuat laporan polis sejam selepas kejadian tersebut namun pihak polis meminta menunggu sehingga 24 jam sebelum ia diklasifikasikan sebagai kes hilang atau culik.
Mereka juga telah menyebarkan maklumat dan rayuan tentang kehilangan anak mereka melalui akaun media sosial perniagaan mereka.

“Semua pihak terdekat termasuk saudara-mara sudah dimaklumkan tentang hal ini. Saya berharap jika ada pihak yang ternampak mereka berdua, tolonglah hubungi kami atau ke pihak berkuasa,” rayu mereka berdua.
Bagi mereka yang mempunyai sebarang maklumat dan mahu membantu, ibu bapa Mohd Iman dan Nur Alysyah boleh dihubungi di talian 013-700 9064 atau 017-777 3985.the rakyat post

Tags: #budak hilang #ciri ciri Iman Dan Alysyah hilang #gambar Iman Dan Alysyah #HILANGNYA Iman Dan Alysyah #Iman Dan Alysyah #Iman Dan Alysyah dijumpai #Iman Dan Alysyah gambar #Iman Dan Alysyah hilang #kanak-kanak Iman Dan Alysyah hilang #punca Iman Dan Alysyah hilang #sebab Iman Dan Alysyah hilang #wajah Iman Dan Alysyah hilang