BlackBerry Porsche Design P’9983, Buah Beri Hitam Kini Kembali!

487 views

Dalam arena peranti pintar, dunia nampaknya sedang menumpukan perhatian kepada pelancaran iPhone 6 dan Galaxy Note 4.

Tidak dilupakan juga jenama Blackberry yang seakan menjerit ‘saya juga!’ dengan memperkenalkan salah satu telefon pintar baru dibawah keluarga eksklusif mereka “Porsche Design”, iaitu BlackBerry Porsche Design P’9983.

Ia merupakan peranti Blackberry keluaran Q10 yang dinaiktaraf dan hadir dengan rekaan 3.1 inci skrin sesentuh yang dilengkapi dengan papan kekunci fizikal.

BlackBerry Porsche Design P’9983 dilengkapkan dengan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, memori 2GB RAM, skrin bersaiz 3.1-inci dengan resolusi 720×720 pixel, kamera belakang 8 megapixel, kamera hadapan 2-megapixel dan dilengkapi denga sokongan rangkaian 4G LTE.

BlackBerry Porsche Design P’9983 turut membawakan sistem operasi BlackBerry 10.3, sekaligus menawarkan beberapa kemaskini baru bersama-sama dengannya.

blackberry-porsche-p9983

BlackBerry turut menekankan yang mana mereka menggunakan sapphire-glass pada bahagian lensa kamera, disamping melengkapkan beberapa bahagian pada pranti dengan bahan stainless steel.

Beberapa aksesori khusus turut dilengkapkan untuk peranti ini termasuk headset stereo, kit pengecasan antarabangsa, dan hadir dalam pilihan warna kuning, biru hijau, perang, kelabu, biru, jingga dan sebagainya.

BlackBerry mengatakan telefon pintar Porsche Design P’9983 ini akan ditawarkan di beberapa lokasi terpilih bermula bulan Oktober 2014 ini.

Mengikut sejarah penawaran peranti rekaan Porsche Design, harganya mungkin agak tinggi berbanding penawaran peranti Blackberry biasa.

Sumber: BlackBerry

Oleh: hzqahmd

The post BlackBerry Porsche Design P’9983, Buah Beri Hitam Kini Kembali! appeared first on MYNEWSHUB.

Tags: #Beri #BlackBerry #Buah #Design #Hitam' #Kembali #kini #P’9983 #Porsche