Blackberry P9983 Berharga Lebih RM7,000

1111 views

blackberry

Blackberry P9983 Berharga Lebih RM7,000 | Blackberry kini memperkenalkan lagi sebuah Blackberry P9983 yang direka Porsche.

Blackberry P9983 ini mempunyai balutan kulit dan papan kekunci gelas. Ia juga memiliki ID BBM unik untuk pengguna yang bermula dari ‘2AA’.

Menurut CNN,  gabungan ketiga diantara Blackberry dan Porsche ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 3.1 inci dan papan kekunci klasik QWERTY.

Ia juga  dikemaskan dengan rangka kaca berwarna dengan 3GB RAM dan storan sebanyak 64 GB.

Blackberry P’9983 akan dijual pada harga AS$1,950 (RM7,223). Sumber-Sinar Harian

Tags: #BlackBerry #blackberry p9983 #ciri-ciri blackberryp9983