Biodata Iblis Yang Perlu Kita Tahu

835 views

iblis

Nama sebenar: IBLIS LAKNATULLAH

  1. Kelahiran: Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
  2. Status diri: Fasik kelas pertama
  3. Agama: Kufur
  4. Tempat Tinggal: Di hati-hati mereka yang lalai
  5. Alamat Tetap: Neraka jahanam
  6. Kawasan: Di setiap penjuru yang di dalamnya tiada usaha langsung untuk mengingati ALLAH
  7. Arah perjalanan: Tiada haluan dan bengkang-bengkok
  8. Isteri: Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati ALLAH, Rasul dan suaminya
  9. Kaum kerabat: Semua golongan yang menentang dan memusuhi ALLAH
  10. Modal pusingan: Angan-angan kosong dan tipu daya yang halus
  11. Tempat pertemuan: Konsert-konsert hiburan, pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
  12. Musuh ketat: Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
  13. Sahabat karib: Anak-anak Adam
  14. Motto kerja: ‘Hipokrasi asas akhlak’
  15. Hobi: Melalaikan orang dari mengingati ALLAH, menggoda manusia lalu menyesatkannya
  16. Cita-cita: Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
  17. Sukan (yang tidak digemari): Acara langkah seribu (semasa malaikat maut ingin mencabut nyawa)
  18. Kelemahan diri: Bila manusia membaca istighfar
  19. Mentor yang dikagumi: Manusia yang mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
  20. Logo: Sebarang tatu
  21. Pejabat operasi: Tandas, bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
  22. Rakan kongsi: Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
  23. Sumber pendapatan: Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
  24. Jenis perkhidmatan: Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap ALLAH SWT
  25. Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
  26. Matlamat sebenar: Membawa anak cucu Adam bersama-sama ke neraka jahanam
  27. Teman sejawat: Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
  28. Ganjaran: Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan ALLAH
  29. Pembantu setia: Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
  30. Peristiwa yang tak dapat dilupakan: Semasa ALLAH menjadikan Nabi Adam a.s
  31. Kenangan manis: Di waktu manusia diambang sakaratul maut, mati dalam kekafiran
  32. Kenangan pahit: Manusia yang digodanya mati dalam keimanan
  33. Makanan kegemaran: Daging orang mati, segala najis dan kotoran
  34. Minuman yang digemari: Wiski, brandi, tequila, todi, wine, arak dan semua minuman yang memabukkan.
  35. Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
  36. Yang paling dibenci: Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati ALLAH
  37. Alat perangkap: Wanita-wanita cantik, model, pelacur, peragawati dan sebagainya
  38. Saat ajal: Bila tiba waktu yang ditentukan ALLAH di hari kiamat kelak
  39. Yang paling membosankan: Bila tiada lagi manusia yang mahu mengikuti kemahuannya
  40. Tugas yang paling meletihkan: Menganggu manusia ke arah kebaikan kerana ALLAH Taala
  41. Tugas yang paling disukai: Mengajak melakukan homoseks, lesbian dan berzina
  42. Janji kepada manusia: Janji-janji kosong, angan-angan dan tipu daya
  43. Yang membuatnya gembira: Manusia yang mengikut jejak langkahnya
  44. Saat yang mendukacitakannya: Manusia yang mempunyai cita-cita untuk bertaubat
  45. Yang membuatnya menangis: Bila manusia yang disayanginya sujud kepada ALLAH SWT