Biodata Dan Gambar Terkini Nur Hamidah Bayi Terselamat Tragedi Highland Tower

yes

Biodata Dan Gambar Terkini Nur Hamidah Bayi Terselamat Tragedi Highland Tower|Pada 1993, pegawai bomba ini menjadi perhatian apabila dia menyelamatkan seorang bayi berusia 18 bulan yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower dan kini dia sangat berharap dapat bertemu dengan insan yang diselamatkannya itu.

“Jika diberi kesempatan dan diizinkan Allah, saya ingin bertemu dengannya,” kata Norizan Saad.

Harian Metro melaporkan Norizan, 46, antara watak penting dalam usaha menyelamatkan bayi berkenaan, Najib selepas dia ditemui terperangkap dalam runtuhan di Blok A Kondominium tersebut, 23 tahun lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada 11 Disember 1993 itu, seramai 48 mangsa dilaporkan maut apabila kondominium mewah itu tumbang menyembah bumi.

midah

Mengimbau kembali tragedi itu, Norizan yang kini merupakan Penguasa Kanan Bomba II Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, berkata ketika kejadian itu dia baru sahaja tiga tahun bertugas sebagai anggota bomba dan dipertugaskan untuk membawa turun adik Nur Hamidah.

“Dia (Nur Hamidah) terperangkap dalam runtuhan. Rakan setugas mengesannya selepas mendengar tangisan. Kita (anggota bomba) mengambil masa agak lama untuk mengeluarkannya kerana bimbang sebarang kesilapan akan menyebabkan runtuhan lain berlaku.

“Sebaik berjaya dikeluarkan, Nur Hamidah diberikan kepada saya untuk dibawa keluar dari kawasan runtuhan,” katanya.

Tambah beliau, ketika itu adik Nur Hamidah hanya memakai lampin.

“Tangisannya memenuhi ruang…kuat dia menangis, bayi biasalah. Saya terus peluk dia sebelum bergegas membawanya keluar dari kawasan berkenaan.

“Saya serahkan Nur Hamidah kepada pasukan perubatan yang sudah menunggu di kawasan berkenaan sebelum kembali meneruskan tugas menyelamat,” katanya.

Nur Hamidah kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan susulan.

“Dia individu yang terselamat dalam insiden itu. Ia boleh dikatakan satu keajaiban,” katanya beliau .
Bayi yang Diselamatkan Semasa Runtuhan Highland Tower Berjaya Ditemui Semula dan Dihubungi Pegawai Bomba
Sebelumnya pihak Siakap Keli ada menyiarkan seorang pegawai bomba meluahkan rasa berharap dapat bertemu dengan bayi berusia 18 bulan, Nur Hamidah yang terperangkap dalam runtuhan kondominium Highland Tower suatu ketika dahulu.

 

Bayi yang Diselamatkan Semasa Runtuhan Highland Tower Berjaya Ditemui Semula dan Dihubungi Pegawai Bomba

dk

Selepas itu daripada likers, memberi maklumat bahawa seorang pengguna Facebook dari Indonesia mungkin gadis tersebut berdasarkan segala maklumat yang terdapat pada Facebook beliau sangat tepat dengan butiran-butiran siasatan yang dibuat terhadap bayi tersebut semasa kejadian.

Perkara ini juga telah diterima oleh pihak bomba setelah orang ramai menghantar maklumat tersebut. Bagaimanapun dengan segala butiran yang tepat itu masih menjadi tanda tanya kerana Nur Hamidah yang kini berada di Indonesia tidak dapat dihubungi bagi mengesahkan perkara itu.

Terkini, di laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia telah mengesahkan bahawa Nur Hamidah telah berjaya dihubungi dan sememangnya beliau adalah insan yang dicari oleh pegawai bomba, Norizan, 46 yang mana telah menyelamatkannya ketika kejadian tersebut. Pihak Siakap Keli tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mohd Haizal yang mana beliau adalah penyumbang maklumat awal berkenaan Nur Hamidah. — Siakapkeli.my

Berikut adalah petikan dari Facebook Jabatan Bomba:

Alhamdulillah….. Nur Hamidah seperti didalam gambar yg Tn Norizan Saad selamatkan semasa runtuhan Highland Tower tu sekarang ni tinggal di Indonesia, beliau bekerja sebagai Jururawat/Bidan di Puskesmas, sekarang telah berumur 23tahun (sama usia dgn masa tragedi).

Salah seorang dari Pegawai Kanan Bomba (Tn Taufiq) telah berjaya menghubungi Ayah Nur Hamidah. Semoga dapat diketemukan nanti Penyelamat dan Insan yang diselamatkan.
Berkongsi bersama info (screen capture) dari Fb Nur Hamidah.

Screen-Shot-2016-03-09-at-12.31.39-AM

Temubual Ekslusif Nur Hamidah

Taufiq : Bisa ngak Mida ceritakan awal terjadinya runtuhan…?

Mida : Boleh abang. Sewaktu di ruang tamu mida di dukung ibu, ibu mau buka pintu depan mau turun lift… Kemudian sebelum buka pintu bangunan higland tower sudah tumbang…!!!

Taufiq : Jadi adakah ibu masih dukung mida…?

Mida : Masih abang… Mida di dakap sama ibu terus sampai kondominium tumbang…

Terus ibu pengsan… sudah di dalam runtuhan itu dan kemudian ibu terbangun mendengar tangisan Mida abang.

Kemudian ibu menyusui mida sampai 3 jam lebih di dalam runtuhan.

Kemudian mendengar Penyelamat Bomba cakap “hello hello… siapa yang ada di dalam”.

Kemudian ibu menjawab “tolong tolong saya dan anak saya ada di dalam… Tolong selamatkan saya”.

Kemudian dengan kuasa ALLAH ibu menemukan tongkat di dalam kemudian di jolokkan ke atas setelah itu Penyelamat Bomba mengetahui keberadaan ibu dan mida abang.

Setelah itu di bongkar runtuhan melihat kepala ibu Mida.

Kemudian ibu Mida menyuruh menyelamatkan mida terlebih dahulu baru menyelamatkan ibu

Mida diangkat oleh Pak Norizan dan kemudian smpai di bawah didukung oleh Datuk Zaman Khan… Begitu abang cerita dri ibu mida.

Kisah Nur Hamidah mula menjadi viral apabila salah seorang pegawai bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat meluahkan rasa ingin berjumpa dengan insan yang diselamatkan itu.

Kini, pihak bomba sedang mengusahakan supaya Hamidah dan pegawai bomba berkenaan dapat dipertemukan.

Gambar Nur Hamidah bayi terselamat dari tragedi Runtuhan Highland Tower

10959814_905939659430239_3614735634568430397_n

10942509_905943782763160_2883447003757142576_n

10929560_893401124017426_1506136966876175730_n

10457955_907439602613578_3645116656395606993_n

10173685_838913272799545_5282568045376920398_n

1780919_909657605725111_3890321053901858195_n

1551703_791143434243196_6919008734778642093_n

Biodata Nur Hamidah bayi terselamat dari tragedi Runtuhan Highland Tower

Nama:Nur Hamidah

Umur :23 tahun

Kerja: juru rawat

Facebook:Nur Hamidah

 

Tags: #Biodata Nur Hamidah #Gambar Terkini Nur Hamidah #Nur Hamidah Bayi Terselamat Tragedi Highland Tower