Bintang k-pop mati terbunuh dalam kemalangan

576 views

Bintang k-pop mati terbunuh dalam kemalangan|Bintang Kpop yang sedang mencipta nama di Korea Selatan, Tany terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu.

Soompi melaporkan kemalangan itu berlaku ketika penyanyi itu dalam perjalanan dari Jangdong-myeon ke Mokpo bersama rakannya sebelum ia hilang kawalan dan terbabas.

Lebih tragik, kereta yang dinaiki bersama seorang rakannya turut terbakar dan kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pada awal pagi Sabtu, Tany memandu dari Jangdong-myeon ke Mokpo sebelum keretanya hilang kawalan sebelum terbabas.

“Kereta itu turut terbakar dan Tany bersama rakannya meninggal dunia di tempat kejadian,” kata wakil syarikat pengurusannya, HOM kepada media.

Tany atau nama sebenarnya Kim Jin Soo, 21, melancarkan kariernya pada Disember 2016 dan popular menerusi lagu Always Remember Me.

Tags: #Bintang k-pop #Kemalangan #mati terbunuh