Betul Ke Hanez Suraya Dan Romie Bakal Bertunang?

848 views

Betul ke pelakon Hanez Suraya  dan Romie bakal bertunang Sabtu ini di Seremban? Sebelum ini Hanez Suraya pernah mengaku sudah tidak lagi bersama Romie.

Tetapi ada sumber mengatakan telah melihat Hanez Suraya dan Romie keluar bersama beberapa hari lepas di sebuah pusat membeli belah di ibukota. Mereka dikatakan kelihatan mesra ketika makan tengahari bersama di sebuah restoran. Siap ada adegan suap menyuap lagi.

Berita itu menguatkan lagi desas desus tentang pertunangan Hanez Suraya dan Romie yang dikatakan bakal berlangsung esok, 3 Januari di bandar Seremban.

Hanez Suraya Dan Romie

Hanez Suraya tidak menafikan atau mengiyakan berita bakal bertunang itu ketika dihubungi oleh sebuah portal hiburan. Malah beliau juga tidak memberi sebarang komen tentang hubungannya dan Romie.

Pasti para peminat dunia hiburan tempatan tertanya-tanya benar atau tidak Hanez Suraya dan Romie akan bertunang esok? Untuk mengetahui kebenaran disebalik desas desus itu terpaksalah kita tunggu esok.

Apapun jika telah tertulis jodoh Hanez Suraya dan Romie bersama, mereka pasti bersama. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua.

Tags: #Bertunang #hanez suraya #Hanez Suraya dan romie #Hanez Suraya dan Romie bertunang #pertunangan Hanez Suraya dan Romie #Romie