Besar Sungguh Dugaanmu…

1167 views


Besar Sungguh Dugaanmu…|Bagan Serai : Satu kemalangan Maut telah berlaku di antara dua buah kenderaan iaitu Kenderaan PERODUA Bezza dan Sebuah Toyota Hilux di Kampung Kedai 2 Selinsing pada Jam lebih kurang 4 petang semalam.

Perodua Bezza telah di pandu oleh Seorang Warga Emas Jubidi bin Johari berumur 62 tahun yang juga seorang OKU,manakala Isterinya Che Noriah binti Nawari berumur 58 tahun berada di penumpang hadapan.

Kedua warga emas ini maut di tempat kejadian manakala dua cucu lelaki mereka,Muhammad Arif Erfan Bin Mohd Nizam 9 Tahun dan Muhammad Aqil Ashraf Bin Mohd Nizam berumur 5 tahun mendapat kecederaan Parah.

Kenderaan Hilux bernombor VBM 5954 di pandu oleh lelaki Melayu berumur 34 tahun.Di dalam kenderaan tersebut,isteri kepada Pemandu yang berusia 31 tahun duduk di bahagian penumpang hadapan,manakala anak lelaki dan anak perempuan mereka duduk di bahagian belakang.

kesemua penumpang dan pemandu Hilux mengalammi kecederaan ringan dan telah di bawa ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan.

kedua Warga Emas yang maut di tempat kejadian adalah Ibubapa Kandung kepada ASP mohd Nizam Cawangan Khas yang bertugas di Negeri Sembilan.

Pada awal pagi tadi beliau kehilangan seorang ahli keluarganya iaitu adik kandung kepada salah satu dari warga emas tersebut dan pada waktu petang,beliau kehilangan insan yang amat di sayangi olehnya dan juga dua orang anak lelakinya mendapat cedera parah.

Amat besar sekali dugaan dan ujian yang beliau hadapi pada ketika ini di atas kehilangan insan-insan yang beliau sayangi.

Jenazah kedua warga emas tersebut masih berada di Hospital Taiping.Menurut dari Sumber keluarga yang terdekat,Media BSKHku di beritahu bahawa jenazah mungkin akan di kebumikan di Tanah perkuburan Semanggol Perak pagi tadi

Pihak Bomba yang di ketuai oleh PBT Zainuddin dari Balai Bomba Bagan Serai bersama 8 anggota telah memberi khidmat bertungkus lumus di lapangan kejadian dalam mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Pihak Bomba telah di hubungi oleh orang awam yang berada di tempat kejadian tentang insiden kemalangan tersebut.

Pihak Bomba Bagan Serai mengambil masa lebih kurang 48 minit untuk mengeluarkan mangsa dan juga melakukan pembersihan ke atas permukaan jalanraya yang terlibat demi keselamatan pengguna jalanraya yang lain.

Tags: #Besar #Dugaanmu #Sungguh