BERMIMPI LELAKI ALIM SEBELUM MAUT DALAM KEMALANGAN

593 views

1477915_809854869063731_6359399986891403859_n

BERMIMPI LELAKI ALIM SEBELUM MAUT DALAM KEMALANGAN | kisah seorang anak muda yang bermimpi dengan seorang lelaki alim 3 hari sebelum maut dalam kemalangan.cerita ini adalah satu pengajaran bagi kita semua,maut tidak mengenal usia muda ke tua.bak kata pepatah putik kelapa pun jatuh begitu juga dengan yang muda,apa lagi kelapa yang lebih tua,sama-sama kita renungkan kisah ini.ALFATIHAH UNTUK MANGSA.

Rembau: “Tiga hari lalu arwah beritahu bermimpi seorang lelaki alim berpesan supaya tidak terlalu mengejar dunia dan mengutamakan akhirat. Dia bercerita sambil menangis teresak-esak dan berazam untuk berubah dan mendalami agama,” kata Harun Dahlan, 55, bapa saudara kepada Mohd Ammar Abdul Rahman, 29, yang maut dalam kemalangan, kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam di Kilometer 26, Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, dan mangsa yang menetap di Kampung Senama Ulu, dekat sini, meninggal dunia akibat kecederaan parah dialami selepas motosikalnya dikatakan dilanggar lari kenderaan berat.

Harun berkata, arwah anak sulung daripada dua beradik itu mula menunjukkan perubahan apabila banyak mendiamkan diri sejak dua hari lalu.

“Kami sekeluarga menyedari perubahan arwah dan saya sempat bertanya kerana risau apabila arwah banyak termenung dan mengelamun. Arwah cakap dia sakit kepala.

“Selepas bercerita mengenai mimpinya, arwah berazam untuk berubah, namun hasratnya tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Tampin (HT), semalam.

Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my

Tags: #BERMIMPI SEBELUM KEMALANGAN #KISAH BENAR BERMIMPI SEBELUM KEMALANGAN #MIMPI LELAKI ALIM SEBELUM KEMALANGAN