Berhenti Sidai kain Pada Ampaian seperti ini jika tak nak…

982 views

Berhenti Sidai kain Pada Ampaian seperti ini jika tak nak…|Ramai keluarga masa kini menyidai kain baju secara terang-terang diluar rumah. Ada yang lebih hebat, sehingga ke pagar luar rumah.

Sedarkah ke tidak?

Ini secara tidak langsung mendedahkan aib keluarga anda kepada umum. Lagi-lagi isteri dan anak perempuan anda

Baju dalam, seluar dalam, baju kecik, baju besar, buruk, baru semua terpampang jelas dan disajikan secara enak terang-terangan di ampaian. Nak tayang jenama ke?

Orang akan mengata, “ooh isteri dia punya seluar dalam dah buruk la..” “Oo itu dia pakai coli saiz itu. Bla..bla..”

Tak malu ke kita? orang tahu apa yang kita pakai?

Orang yang lalu lalang pula, para lelaki, orang gila seks dan sebagainya hanya senyum shja melihat pelbagai bentuk dan corak. Tak tahulah apa dihati mereka.

Mereka yang tidak pernah tahu isteri atau anak perempuan anda pakai seluar dalam dan baju dalam warna apa sebelum ni.

Kini sudah boleh meneka dan membayangkannya bila melihat baju-baju dalam isteri dan anak-anak perempuan terpampang indah diluar. Anda yang “memberitahu” mereka.

Tak mustahil dan memang ada wujudnya orang sebegini.

Mampu membayangkan keadaan isteri atau anak perempuan anda dengan hanya melihat pakaian dalam mereka yang disidai. Asbab itu juga ada berlaku kecurian pakaian dalam wanita. Golongan ini obses terhadap pakaian dalam wanita

Jadi, ketua keluarga dah boleh fikir alternatif dan jalan terbaik“menyorokkan” aib keluarga anda yang selama ini anda tidak sedar ia didedahkan.

Kredit : Ibu Bapa Prihatin

Tags: #berhenti #jika tak nak #Pada Ampaian #seperti ini #Sidai kain