Bergaduh Berebut Air Orang Mati Di Zimbabwe

599 views

Lobengula (Zimbabwe) – Dua penjaja jalanan cedera selepas bergaduh berebut air mayat.

Menurut saksi, Viola Tshima dan Molene Hadebe yang sebelum ini berkawan baik, bertengkar selepas Tshima menuduh rakannya mengambil lebih banyak air berkenaan di sebuah rumah mayat sebelum dia tiba.

Pertengkaran itu akhirnya membawa kepada pergaduhan sengit.

Kedua-dua peniaga itu sering ke rumah mayat berkenaan untuk mengambil air dari mayat yang dibersihkan di situ.

Mereka menggunakannya sebagai pelaris perniagaan.

Air berkenaan biasanya digunakan penduduk Zimbabwe yang taksub dengan kepercayaan karut.

Kebanyakan penjaja membelinya untuk melariskan perniagaan sementara dalam kalangan wanita, air itu digunakan untuk ‘menjinakkan’ suami masing-masing.

Peniaga yang ditemubual juga mendedahkan, air mayat itu diambil dari mayat yang dimandikan, turut digunakan untuk membasuh buah seperti epal dan tomato kerana dipercayai dapat menarik ramai pelanggan, seramai yang datang untuk menghadiri majlis pengebumian.

Menurut mereka lagi, sesetengah penggali kubur meraih keuntungan lumayan dengan menjual air mayat. – Agensi

Tags: #Berebut #bergaduh #Mati #Orang #Zimbabwe