Benarkah Ajinomoto Punca Penyebab Sakit Kepala, Kanser dan Kerosakkan Saraf?

Benarkah Ajinomoto Punca Penyebab Sakit Kepala, Kanser dan Kerosakkan Saraf?|Monosodium Glutamate(MSG) merupakan salah satu bahan yang digunakan sebagai penambah perasa dalam masakan. Di Malaysia dan juga di kebanyakkan negara lain ramai yang menganggap MSG mendatangkan pelbagai komplikasi kepada manusia mungkin disebabkan ia dihasilkan secara kimia di dalam makmal.

Bukan setakat itu, ketika produk MSG dipasarkan pada tahun 1909 ramai yang menghidapi simptom yang dipanggil sebagai ‘Chinese Restraurant Syndrome’ iaitu simptom sakit kepala, sesak nafas, sakit dada dan beberapa simptom lagi dan semua ini dikaitkan dengan pengambilan MSG.
Tetapi adakah perkara ini benar boleh dikaitkan dengan MSG? Disini kami akan cuba menceritakan serba sedikit berkenaan MSG

SEJARAH MONOSODIUM GLUTAMATE?
Ia bermula pada tahun 1908, dimana ahli kimia Ikeda Kikunae cuba untuk mengeluarkan rasa ‘sedap’ daripada rumpai laut yang selalu digunakan di dalam masakan sup jepun. Produk MSG yang keluar daripada makmal Ikeda terus di’paten’kan selepas penemuan tersebut dan digunakan di seluruh dunia.

Ikeda memberi istilah bagi rasa yang dihasilkan daripada MSG sebagai UMAMI(perkataan jepun) yang juga bermaksud SEDAP(dalam bahasa melayu). Rasa Umami ini lebih kepada rasa lemak-lemak di dalam masakan
Kemudian Ikeda membuat pemasaran dibawah syarikat kimia Suzuki untuk produknya itu dengan jenama AJINAMOTO yang bermaksud INTIPATI RASA.

APAKAH ITU MONOSODIUM GLUTAMATE?
Monosodium Glutamate juga dikenali sebagai Sodium Glutamate. Ia merupakan kombinasi Unsur Sodium dan juga Asid Glutamic. Di dalam membincangkan perkara ini, kita perlu mempunyai asas kimia yang mampan.

Pertamanya kita cerita tentang sodium. Sodium merupakan unsur yang banyak di atas muka bumi dan ia merupakan salah satu bahan asas di dalam garam dapur. Nama kimia untuk garam dapur adalah Sodium Chloride. Jika kita memisahkan unsur sodium daripada unsur chloride, ia akan menjadi unsur yang sangat reaktif dimana ia boleh meletup jika kita letakkan ia ke dalam air. Tetapi apabila sodium bergabung dengan chlorine untuk membentuk Sodium Chloride, unsur ini sangat stabil hingga boleh digunakan dalam masakan.

Namun sodium bukanlah unsur yang ditakuti ketika pengambilan MSG. Yang ditakuti oleh kebanyakkan orang adalah Unsur Glutamate di dalam MSG tersebut. Dikatakan Glutamate merupakan penyebab kepada kanser, excitoxin, ‘Chinese Restraurant Syndrome dan juga pelbagai lagi kesan buruk.

APAKAH ITU ION GLUTAMATE?
Apabila MSG wujud dalam keadaan pepejal, kita akan panggil ia sebagai Monosodium Glutamate. Apabila ia dilarutkan di dalam air, ikatan ion diantara unsur sodium dan glutamate akan diputuskan menjadi ion Sodium dan ion glutamate yang bergerak bebas di dalam air.

Ion Glutamate inilah yang akan bertindak pada tapak receptor Glutamic di tunas rasa lidah. Ia akan memberikan satu rasa yang disebut sebagai Umami. Ia menguatkan rasa berlemak dan daging membuatkan makanan terasa lebih sedap.
Selain daripada itu, Glutamate juga merupakan salah satu ‘non-essential Amino Acid’ iaitu asid amino yang tidak diperlukan oleh badan sebab badan sendiri boleh menghasilkannya.

Di dalam badan manusia, Glutamate banyak digunakan untuk membuat protein. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan komponen utama yang digunakan untuk menghantar maklumat di dalam sistem saraf manusia.
Nak cakap glutamate tu tak penting dan mendatangkan 100% mudarat kepada manusia pun tak boleh. Sebab glutamate itu sendiri di hasilkan dalam badan kita dan digunakan pada bahagian terutamanya sistem saraf.

SUMBER GLUTAMATE YANG LAIN
Kita ada banyak sumber lain untuk glutamate seperti daging, sumber tenusu, ikan, tomato, rumpai lawat dan pelbagai lagi. Jika anda bimbang untuk menggunakan MSG anda juga boleh menggunakan bahan-bahan ini untuk memberi rasa Umami pada masakan anda.

Selain daripada itu, hanya nak bawa satu pemikiran bahawa glutamate yang natural adalah sama bentuknya dengan glutamate yang dibuat di dalam makmal. Jika anda tidak risau memakan makanan seperti ini, anda juga perlu kurang risau apa bila memakan makanan yang mempunyai MSG kerana struktur kimianya masih sama dan selalunya kepekatan yang digunakan adalah sangat sedikit.

BERKAITAN DENGAN PERUBATAN
1) Penyebab kanser
– Tiada kajian yang menunjukkan bahawa MSG penyebab kepada kanser. Ada yang mengatakan bahawa adanya kajian daripada Dr Shozo Takayama pada 25 Oktober 1983 yang menunjukkan ia boleh menyebabkan kanser pada tikus. Tetapi malangnya kami tidak ditemui journal berkenaan kajian perkara tersebut.
Dan banyak drpd berita ini lebih kepada khabar angin

2) Chinese Restaurant Syndorme
– Selepas pengeluaran produk ini, ramai daripada pengguna mengadu sakit kepala, sakit leher, sakit dada, susah nak bernafas dan pelbagai simptom lagi dan semua ini dikaitkan dengan MSG.
– Tetapi kajian yang terbaru menggunakan ‘method’ dan ‘procedure’ yang betul menunjukkan MSG tidak lagi terbukti menyebabkan semua perkara tersebut.

KESIMPULAN
Jika anda ingin menggunakan MSG tidak salah. Jika anda tidak menggunakan MSG pun tidak salah. Tetapi komplikasi terhadap pengambilan MSG masih belum lagi terbukti dan menyalahkan MSG tanpa menggunakan ilmu sains yang betul adalah sesuatu yang salah.
Ini kerana kita akan mewujudkan satu komuniti masyarakat yang terima bulat-bulat benda yang salah di dalam laman media sosial.
Terpulang untuk guna. Di rumah saya, saya tak guna MSG. Tapi kalau saya makan kat restoran luar, saya tahu mesti mereka akan guna MSG dan saya masih akan makan makanan yang mereka masak.Rootofscience

Tags: #ajinomoto #Kanser #kerosakan saraf #makan #sakit kepala