Bekas pelakon wanita di tahan tanpa pakaian baham pil kuda

13015 views

Bekas pelakon wanita di tahan tanpa pakaian baham pil kuda|Seorang model dan bekas pelakon wanita ditahan dalam keadaan berbogel dipercayai di bawah pengaruh dadah di rumahnya di Kampung Gunong di sini, awal pagi tadi.

Ketika ditahan kira-kira pukul 1 pagi, wanita berusia 32 tahun itu berada seorang diri didalam rumah milik ibunya.

Wanita tersebut dikatakan tinggal seorang diri di rumah itu selepas ibunya tidak tahan dengan kerenahnya yang sering mengamuk meminta wang untuk membeli dadah manakala anaknya dijaga oleh bekas suaminya.

Ketua Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah, Rusdi Yusof berkata, wanita itu mengaku telah mengambil pil kuda sebelum dia ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh agensi tersebut.

“Wanita yang pernah bekerja sebagai model dan pelakon ini mengaku menagih dadah ketika berusia 18 tahun lagi.

“Ibu tunggal itu juga mengaku menagih syabu ketika bekerja sebagai model di Kuala Lumpur dan beralih kepada pil kuda kerana tidak mampu menampung perbelanjaan pembelian syabu yang semakin mahal di pasaran,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Model sambilan itu antara 30 individu yang ditahan dalam operasi khas di Kampung Gunung, Beris Kubur Besar dan Tawang, dekat sini bermula dari pukul 6 petang sehingga 8 pagi tadi.

Dalam operasi tersebut, AADK mengesan 20 penagih dadah positif pil kuda dan morfin selepas saringan ujian air kencing dijalankan

Tags: #Dadah #Ditahan #Pelakon #pil kuda #Wanita