Begini Nizam Menemukan Kanak Kanak Mangsa Culik Dikajang

928 views

Screen Shot 2015-10-09 at 7.10.38 PM

Begini Nizam Menemukan Kanak Kanak Mangsa Culik Dikajang|Berikutan berita gembira penemuan semula kanak-kanak 5 tahun yang diculik di Kajang pagi tadi, pemandu teksi yang menjumpai kanak-kanak tersebut menceritakan bagaimana dia menjumpai kanak-kanak tersebut.

Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Nizam berkata dia menjumpai kanak-kanak itu sedang merayau di tepi jalan.

Nizam berkata dia mengenalpasti kanak-kanak itu kerana gambarnya sudah pun viral di aplikasi Whatsapp.

Nizam kemudiannya mengambil kanak-kanak tersebut dan menghantarnya ke rumah.

“Saya cam gambar budak itu dari satu mesej Whatsapp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah”, kata Nizam memetik laporan NST Online.

Gambar kanak-kanak tersebut menjadi viral di media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp sejak pagi tadi.

Nizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kerana bimbang akan keselamatannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard mengesahkan penemuan itu.

“Mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan dibawa ke hospital Kajang untuk pemeriksaan,” katanya

 (Video) Kanak-Kanak 5 Tahun Diculik di Kajang

(Video) Kanak-Kanak Diculik di Kajang Berjaya Disatukan Semula Dengan Keluarga, Terima Kasih Kepada Abang Nizam

Tags: #kanak kanak diculik dikajang.video penculikan di kacang #mangsa culik kajang