Bayi Meninggal Dunia Akibat Mandi Air Sejuk

739 views

sejuk“Assalamualaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Doctor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkah memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”

Waalaikumusalam.

Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya ditempatkan di syurga kelak.

Memandikan bayi kelihatan mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah.

Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kematian pada bayi. Waktu memandikan bayi tidak beberapa penting, malah boleh memandikan bayi waktu malam, asalkan menggunakan air yang suam.

Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air hangat, kerana air dingin boleh membuat bayi mengalami hipotermia.

Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau nipis.

Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernafas dan berbahaya kepada bayi.

Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 darjah celsius kerana suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi.

Wallahualam.

Doktor Zubaidi

Tags: #bayi mandi air sejuk #cara mandikan bayi #mandikan bayi

loading...