Bayi Berusia 8 Bulan Maut Dalam Kandungan Ibu

3362 views

Bayi Berusia 8 Bulan Maut Dalam Kandungan Ibu|Niat sepasangan suami isteri yang ingin pergi ke salah satu klinik di kelantan untuk menunaikan temu janji pemeriksaan kandungan tidak kesampaian apabila kereta yang mereka naiki terlibat kemalangan jalan raya semalam 02/2017.

Dimaklumkan pasangan berkenan sebentar lagi bakal menyambut kelahiran bayi sulung mereka yang sudah pun berusia 8 bulan.

Akan tetapi takdir berkata lain apabila kemalangan itu mengakibatkan bayi meninggal dunia di dalam kandungan ibunya siti nurjihan.

Selain dari kehilangan bayi, siti nurjihan juga mengalami cedera patah kaki ,dagu dan juga cedera pada mulut yang terpaksa dijahit.Manakala suaminya Omar patah kaki dan cedera dibagian mata.

Menurut Sumber Sobi Bie yang mengaku sahabat kepada mangsa, kemalangan berlaku akibat dari kecuaian seorang pemandu perempuan yang datang dari arah yang sama.

Bahkan katanya pemandu wanita yang berkerja sebagai seorang Maik itu enggan untuk bertanggung jawab dan juga tidak menjenguk sahabatnya itu di hospital selain turut membuat repot polis palsu.

“Kawan saya tu berada di laluan uturn, so betul lah dia stop situ sebab ada tiga laluan,laluan tepi untuk uturn,tapi akak pegi langgar diorang dari belakang tak cukup ke dua laluan yang disediakan buat pemandu?

“Itu salah akak sebab masuk laluan orang.. malah akak boleh pulak buat laporan polis palsu kata kawan saya tu datang dari arah bertentangan, Sampai nya hati akak ye”

Allah adil kak, saya sebagai sahabat dia, tak sanggup tengok mak dia menangis tak cukup rehat rase anak dia dianiayai ,sebegini kuat ujian Allah.luahnya.

Bagaimanapun menurut sumber siti nurjihan masih lagi dalam zon merah wad icu,sementara suaminya omar sudah sedarkan diri selepas membuat pembedahan kaki.

Tags: #bayi 8 bulan maut dalam kandunga #bayi 8 bulan maut dalam kandungan ibu #Bayi Berusia 8 Bulan Maut Dalam Kandungan #Bayi Berusia 8 Bulan Maut Dalam Kandungan Ibu #Bayi Berusia 8 Bulan Maut didalam kandungan