Bayi 5 Bulan Hilang Ditemui Mati Sadis Dirumah Pengasuh

5969 views

Bayi 5 Bulan Hilang Ditemui Mati Sadis Dirumah Pengasuh|BAYI lelaki lima bulan, Adam Rayqal Mohd Sufi, ditemui sudah meninggal dunia di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves, Gombak.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui kira-kira jam 11 malam tadi dan disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

Katanya, mayat bayi berkenaan ditemui lengkap dengan pakaian namun berbalut kain napkin dan disumbat dalam beg berwarna hijau.

“Mayat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

gambar pengasuh( suspek)

“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi mayat bayi itu disimpan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Nakhoda.

POLIS melakukan pemeriksaan di rumah pengasuh bayi berkenaan.

Menurut Ali, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis menahan dua suspek iaitu pengasuh yang berusia 33 tahun serta rakan serumahnya yang berusia 36 tahun.

“Mayat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan bayi berkenaan dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya, petang semalam.

Bapa bayi itu, Mohd Sufi, 28, turut memuat naik gambar Adam Rayqal di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu

Tags: #'Hilang' #Bayi 5 Bulan #Dirumah Pengasuh #ditemui mati #sadis