Batu Karang Punca Sakit Ketika Kencing?

2004 views

batu karang punca sakit ketika kencing

Batu Karang Punca Sakit Ketika Kencing? | Pernahkah anda mengalami rasa sakit ketika kencing? Apakah punca kepada rasa sakit tersebut?

Kebiasaannya rasa sakit tersebut disebabkan oleh penyakit batu karang. Ia banyak ditemui sama ada pada buah pinggang, uterer atau pundi kencing. Batu karang terjadi apabila terdapat kepekatan yang tinggi dalam bahan-bahan tertentu di dalam air kencing yang menyebabkan terbentuknya kristal.

Kepekatan yang tinggi menyebabkan mereka seringkali dehidrasi yang disebabkan kurang pengambilan cecair. Jangkitan salur kencing yang berulang juga menyebakan pembentukan batu karang.

Berikut Tanda-Tanda Penyakit Batu Karang

  • Air kencing keluar bersama darah.
  • Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ia akan menyebabkan sakit yang berterusan dan demam jika terdapat jangkitan kuman.
  • Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang.
  • Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai ‘Renal Colic’.
  • Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain.
  • Sesetengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka semasa kencing.

Rawatan Penyakit Batu Karang

Batu karang yang kurang dari 4mm biasanya akan keluar sendiri. Namun jika tidak keluar selepas tempoh pemerhatian, pesakit disaran segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pencegahan Penyakit Batu Karang              

Pesakit yang ada batu karang berisiko untuk terjadinya lagi pembentukan batu karang. Oleh itu, dinasihatkan minum air sekurangnya 2-3 liter.

Pemakanan juga perlu diberi perhatian.

  1. Makanan yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing.
  2. Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol.
  3. Kurangkan pengambilan makanan seperti coklat, kopi dan bayam, kaya dengan oxalate untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate.

Pesakit juga dinasihat mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik.

Sumber-wom.my

 

Tags: #batu karang #penyebab batu karang #punca batu karang #sakit ketika kencing #sebab berlakunya batu karang