Bapa rogol anak 4 kali sebulan

684 views

Bapa rogol anak 4 kali sebulan|Seorang Bapa berusia 47 tahun itu ditangkap di rumahnya di Kampung Languban, Merapok di Lawas di syaki merogol

Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata lelaki Melayu berkenaan ditangkap susulan satu laporan polis yang dibuat oleh anak perempuannya sendiri di Balai Polis Lawas, hari ini.

Dalam laporannya mangsa memberitahu bapanya telah melakukan perbuatan keji tersebut sejak dia berusia 15 tahun lagi Mangsa terpaksa akur kerana takut dimarahi sekiranya membantah kemahuan bapanya.

“Menurut keterangan mangsa, suspek merogolnya secara berkala iaitu antara 3 atau 4 bulan sekali. Kali terakhir suspek merogol mangsa pada 1 Februari lalu kira-kira jam 10.00 pagi ketika mangsa berada di pondok kebun getah milik keluarganya” jelas DSP Abang Zainal Abidin ketika mengesahkan polis Lawas ada menerima aduan yang dibuat oleh mangsa yang kini berusia 25 tahun.

Menurut DSP Abang Zainal Abidin lagi, setakat ini polis sudah merakam percakapan 10 saksi terdiri dari keluarga mangsa bertujuan membantu siasatan kes terbabit.

Mangsa juga dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Permohonan reman terhadap suspek akan dikemukakan esok untuk siasatan lanjut kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Tags: #Anak #Bapa #Kandung #Rogol