Banting Gegar Van Putih Cuba Culik Kanak Kanak

524 views

Banting Gegar Van Putih Cuba Culik Kanak Kanak|Polis siasat laporan mengenai budak lelaki berusia 11 tahun yang mendakwa cuba diculik sekumpulan lelaki menaiki van putih di Kampung Endah, Banting, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata, keluarga mangsa sudah membuat laporan polis selepas kanak-kanak itu pulang ke rumah 1.30 pagi tadi dan dia masih diambil keteranganpegawai penyiasat.

Katanya, berdasarkan keterangan awal, mangsa mendakwa cuba diculik sekumpulan tiga lelaki bertopeng yang menaiki van putih sebelum dia berjaya melarikan diri.

“Kanak-kanak itu tidak cedera dan kini sedang diambil keterangan oleh polis berhubung kejadian itu.

“Polis polis juga ingin meminta orang ramai tidak menimbulkan sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,” katanya.

Kejadian itu tular di media sosial dan berdasarkan apa yang tersebar, mangsa baru pulang dari masjid dengan menunggang basikal ke rumahnya di Kampung Endah, Banting, kira-kira 9.30 malam.

Mangsa kemudiannya dihampiri sekumpulan penjenayah namun dapat melepaskan diri daripada diculik selepas menggigit tangan mereka sebelum melarikan diri dari van berkenaan.

Tags: #Banting Gegar Van Putih Cuba Culik Kanak Kanak #kampung endah