Banjarnegara: Ibu anak mati berpelukan

1210 views

ibu anak mati berpelukan

Banjarnegara: Ibu anak mati berpelukan | Tujuh lagi mayat mangsa tanah runtuh di Jemblung dikeluarkan dari runtuhan oleh pasukan pencari dengan dua daripada mereka ditemui dalam keadaan berpelukan.

Media semalam melaporkan, enam daripada mangsa adalah wanita.

Sukarelawan dari dari Purworejo, Heksa berkata, tiga daripada mangsa itu dikesan dalam ruangan sama pada sebuah rumah.

“Mayat berpelukan itu adalah pasangan anak dan ibu,” katanya.

Heksa berkata, pasangan terbabit dikesan sejak Khamis, tetapi mayat mereka tidak dapat dikeluarkan lebih awal kerana hujan lebat.

Kata Heksa, 26, pasangan anak beranak itu terbunuh dalam keadaan berdiri di antara runtuhan dinding rumah mereka.

“Si ibu berada di atas dan posisinya menunjukkan dia memeluk si anak sebagai usaha melindungi tubuh dan kepala kanak-kanak terbabit,” katanya.

Menurut Heksa, pasangan itu menghembus nafas terakhir di bahagian dapur rumah mereka.
Katanya, tiada kesan kecederaan fizikal pada mayat berkenaan.

“Melihat keadaan mereka, kami memang amat terharu,” katanya.

Sementara itu, ketua kampung, Haryono berkata, ketiga-tiga mayat yang ditemui di rumah berkenaan disahkan mempunyai pertalian keluarga.

Mereka ialah si ibu, Partimah, 53, dan anaknya, Karina, 7, serta seorang saudara yang kebetulan menziarahi pasangan terbabit, Sutarti, 53.

“Suami dan dua lagi anak Partimah belum ditemui,” katanya.

-Agensi/hmetro-

Tags: #Anak #banjarnegara #ibu anak mati berpelukan #ibu dan anak ditemui mati berpelukan #ibu dan anak mati berpelukan #ibu maut peluk anak #Ibu’ #Indonesia #kisah ibu anak mati berpelukan #kisah ibu anak maut berpelukan #mangasa #mangsa longsor banjarnegara #sedih ibu anak maut berpelukan