Balasan rogol anak selama 11 tahun

1083 views

Balasan rogol anak selama 11 tahun|Seorang lelaki dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan 15 sebatan oleh mahkamah Majistret disini semalam atas pertuduhan merogol anak kandungnya yang berusia 26 tahun.

Hakim Mohd Hafizi Abd Halim menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh 46 yang berasal dari kampung Langban merapok mengaku bersalah.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada mac lepas.

Mengikut pertuduhan ,bapa kepada 8 anak ini merogol anak perempuannya sejak mangsa berusia 15 tahun dan kali kerakhir pada 1 februari lalu pada jam 10 pagi di pondok kebun getah milik keluarga mangsa di kampung lungban merapok.

Tertuduh didakwa mengikut seksyen 376 kanun keseksaan yang memeruntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun penjara dan 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Tags: #balasan #Kandung #rogol anak