Balasan Goyang Kekasih Bawah Umur

994 views

Balasan Goyang Kekasih Bawah Umur|PEMANDU lori dipenjara tiga tahun dan dikenakan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini selepas mengaku salah atas tuduhan merogol rakan wanitanya, Ogos tahun lalu.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Safuan Moslan, 23, sejurus tertuduh membuat pengakuan bersalah ke atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa (ketika itu berusia 15 tahun satu bulan) di sebuah rumah di Taman Melaka Baru, antara 1.30 pagi hingga 1.30 tengah hari pada 3 Ogos 2017.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ke atasnya berjalan serentak dengan alasan perlu menjaga ibunya yang sakit.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Shazreen Nadia Saaban memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh dengan mengambil kira kekerapan kes rogol yang berlaku selain dijadikan pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara tiga tahun dan dikenakan dua sebatan bagi pertuduhan pertama, manakala dua tahun penjara dan dua sebatan bagi pertuduhan kedua.

Kedua-dua hukuman berjalan serentak.

Mengikut fakta kes, tertuduh dikatakan mengambil mangsa di rumahnya di Gemencheh, Negeri Sembilan kerana mempunyai masalah di rumah sebelum dibawa ke Taman Melaka Baru.

Setibanya di rumah itu, mangsa dibawa ke sebuah bilik sebelum dirogol tertuduh dan kemudiannya kedua-duanya keluar dari rumah itu.

Bagaimanapun, mangsa sekali dirogol tertuduh sebaik pulang semula ke rumah itu pada 1.30 pagi.

Tags: #Balasan Goyang Kekasih Bawah Umur