Baik Atau Buruk Bercinta Dengan Lelaki Yang Lebih Muda?

682 views

kahYa! Umur bukan lagi penghalang untuk seseorang itu jatuh cinta. Perkara biasa jika kita mendengar perempuan bercinta dan berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia. Sejak akhir-akhir ini, trend bercinta dengan lelaki yang jauh lebih muda makin menjadi-jadi. Ada baik atau buruk bercinta dengan lelaki lebih muda?

Yang Baik

1. Mungkin awet muda. Kata orang jika pasangan kita jauh lebih muda, kita akan curi sedikit awet muda dari pasangan. Rakan-rakan takkan tahu yang si dia jauh lebih muda dari kamu kerana mungkin cara kamu berdua bercinta membuatkan nampak sebaya.

2. Mungkin mereka ini lebih manja. Ada sesetengah wanita yang suka memanjakan pasangan mereka. Dan tak semua lelaki suka dimanjakan lagi-lagi lelaki yang berusia. Tapi berbeza dengan lelaki muda, mereka lebih suka di belai dan dimanjakan pasangan sebab itu dia memilih kamu!

Apa pula buruknya lelaki lebih muda

1. Kurang matang. Risiko bercinta dengan lelaki muda adalah dari segi kematangannya. Ia sedikit mencabar apabila kamu perlu beralah untuk beberapa perkara kerana sikapnya yang kurang matang. Jadi harus banyak bersabar melayan kerenah si dia yang muda!

2. Disebabkan kewangan. Ya, mungkin juga. Jangan expect lelaki muda mempunyai kewangan yang kukuh, kalau ada pun cuma segelintir. Silap haribulan kamu yang perlu menyara si dia.

3. Komitmen. Lelaki muda selalunya belum puas lagi dengan zaman bujangnya jadi untuk settle down akan menjadi list terakhir baginya. Usia kamu semakin meningkat dan rasanya dah tiba masa untuk berkahwin tapi rasanya bukan untuk dia.

Tags: #bahaya kahwin muda #kahwin muda #kebaikan kahwin muda

loading...