Bagaimana Redakan Marah Anda Dengan Cara Mudah

667 views
marahApabila diri terbeban dengan masalah, sakit dan kecewa,  perasaan marah mudah sahaja menghuni diri. Namun usah bimbang kerana emosi ini adalah satu perkara yang normal dialami.
Namun, jika tidak ditangani dengan cepat, dibimbangkan ia boleh mengundang situasi yang lebih dahsyat tanpa mengira lokasi seterusnya menjejaskan hubungan peribadi dan kerja. Usah bimbang kerana terdapat beberapa teknik mudah yang sesuai dipraktikkan bagi mengatasi masalah ini. Antara yang disyorkan ialah:
Tarik Nafas Panjang
Apabila terasa ada sesuatu yang memancing amarah anda, segeralah tarik nafas dalam-dalam. Jangan tidak sedar bahawa ia sangat berkesan bagi merangsang saraf di otak untuk menyampaikan mesej ke tubuh. Selepas itu, otot mulai kendur dan relaks malah ia mampu berfungsi dengan lebih efisien sekiranya dilakukan dalam kiraan satu hingga sepuluh.
Motivasikan Diri
Siapa lagi yang dapat membantu diri kita selain diri sendiri. Jadi apabila berada dalam keadaan yang kecewa atau marah maka bercakaplah dengan diri mengenai perkara yang positif. Bisikkan pada diri bahawa segala yang dilalui bukanlah satu masalah yang besar dan ia mudah sahaja diselesaikan. Cara ini dikatakan mampu mendidik emosi agar berfikir dengan lebih rasional dan bukannya mengikut hati.
Mendengar Muzik
Muzik bukan sekadar menjadi halwa telinga bahkan ia mampu menjadi magis untuk banyak perkara. Antara yang dilakukan ialah meredakan emosi seterusnya menghilangkan perasaan marah. Sebaiknya pilih lagu atau irama yang menjadi kegemaran anda kerana ia sebenarnya bertindak untuk mengalih perhatian daripada situasi yang tidak disenangi ke situasi yang digemari.
Banyakkan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal seperti olahraga, berjalan laju atau apa sahaja sukan yang digemari mampu mengurangkan perasaan marah yang dirasai. Sama ada berjoging atau bermain badminton, ia sebenarnya mampu menghilangkan tekanan melalui setiap pergerakan yang dilakukan. Pasti anda merasa lebih baik selepas itu.
Pujuk Hati
Ketika hati merasa marah, anda sebenarnya sedang berperang diri. Memberontak malah ada yang menyalahkan. Usah risau kerana ia adalah sesuatu yang normal. Justeru, bagi ‘melegakan’ keadaan, berbicaralah dengan diri. Pujuk hati supaya melihat semua kesulitan daripada aspek yang berbeza. Secara tidak langsung ia menyedarkan bahawa masalah yang dialami bukanlah satu perkara yang besar kerana sebelum ini perkara yang sama juga pernah berlaku dalam hidup anda.