AYAH ROGOL ANAK PEREMPUAN KETIKA IBU TIADA

8821 views

kes-rogol-gadis-bawah-umur (1)

 

AYAH ROGOL ANAK PEREMPUAN KETIKA IBU TIADA | Lelaki berusia 46 tahun telah merogol anak kandungnya sendiri,lelaki yang  mengadakan hubungan seks bersama anak perempuannya itu sudah berlaku sejak tiga tahun lalu di rumah mereka di Kajang setiap kali isterinya tiada di rumah.

Kegiatan sumbang mahram itu mungkin akan berterusan jika seorang pakcik yang mengusahakan kedai gunting rambut tempat mangsa berusia 21 tahun itu bekerja selepas dia menduduki peperiksaan SPM tidak campur tangan dalam perkara tersebut.

Sumber polis berkata pakcik berkenaan telah meminjam telefon bimbitnya pada 9 November untuk membuat panggilan namun dia terbaca satu khidmat pesanan ringkas (SMS) ‘lucah’ daripada ayah mangsa kepada anaknya itu.

“Pakcik itu terpaksa meminjam telefon bimbit remaja berkenaan untuk membuat panggilan kerana telefon bimbitnya kehabisan bateri.
“Dia sangat terkejut apabila terbaca mesej lucah daripada ayah remaja berkenaan dan segera menyoal siasat mangsa.

“Selepas disoal bertalu-talu, remaja itu akhirnya mengaku mengadakan hubungan seks dengan ayahnya sejak dia berusia 18 tahun. Dia turut mendedahkan dia rela menjadi pasangan kepada ayahnya dan jatuh cinta dengannya,” kata sumber berkenaan.

Pakcik itu akhirnya membawa remaja berkenaan pulang ke rumah dan bersemuka dengan ayahnya dihadapan ibu mereka.

Lelaki berkenaan hanya diam sementara isterinya benar-benar kecewa dengan hubungan terlarang itu.

sumber:http://www.mummynemo.com/

Tags: #ayah rogol anak #AYAH ROGOL ANAK KANDUNG #AYAH ROGOL ANAK KETIKA IBU TIADA #AYAH ROGOL ANAK PEREMPUAN #AYAH ROGOL ANAK SENDIRI #ROGOL ANAK PEREMPUAN KETIKA IBU TIADA