Awas! Shisha stick alat baharu lepas gian Budak sekolah Rendah

1266 views

shisha

Awas! Shisha stick alat baharu lepas gian Budak sekolah Rendah |Selain dari vape satu lagi alat baru yang di reka khas seperti pen kanak kanak sekolah rendah,mempunyai saiz yang sama serta berbagai macam warna”shisha stick” sangat mudah di sembunyikan.

selain dari pada mudah untuk disembunyikan harganya juga cukup menarik perhatian kanak-kanak sekolah ,difahamkan harga shisha stick sekita RM 17 KE RM 20 dengan berbagai perisai.

Hasil maklumat itu,seorang membuat tinjauan di sekitar ibu kota dan mendapati ia dijual secara sembunyi hanya kepada golongan tertentu selain boleh juga didapati, antara lain, di kedai serbaneka.

Penulis berusia awal 40-an ini menyamar sebagai pembeli di Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak, di sini namun gagal apabila seorang penjual rokok elektronik memberi pelbagai alasan untuk tidak menjualnya kepada penulis.

11836663_842682615809509_3059795543864706751_n

Penjual itu yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam pada mulanya tidak mengaku menjual barangan itu namun setelah dipujuk, dia mengaku pernah menjualnya.

“Dulu memang ada jual tapi sekarang tak ada stok lagi abang,” katanya.
Bagaimanapun, rakan sekerja berumur awal 20-an yang menyamar sebagai pelajar sekolah berjaya membeli ‘shisha stick’ di sebuah kedai serbaneka yang turut menjual barangan runcit dari Asia Barat di Jalan Bukit Bintang, setelah terpaksa mengambil masa lama berunding.
S

hisha stick itu tidak disimpan secara terbuka, dan peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Malek hanya mengeluarkan barangan berkenaan dari sebuah bungkusan apabila pelanggan terdahulu beredar.
“Do you want this one (shisha stick)…,” kata Malek sambil menambah bahawa dia hanya mempunyai baki lapan shisha stick dalam stoknya.

Kelihatan resah sepanjang urusan jual beli itu, Malek bagaimanapun enggan mendedahkan asal barangan berkenaan.

Shisha stick itu dibeli oleh wartawan Bernama dengan harga RM17.
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, shisha stick atau dikenali sebagai ‘Shisha Pen’ ataupun dengan nama ‘Hookah Pen’ adalah kategori rokok elektronik dan mempunyai fungsi yang sama seperti ‘Vapor’.

Katanya, shisha stick tidak popular berbanding vapor disebabkan kandungan cecair perisa yang sedikit dan tidak memberi kepuasan kepada pengguna berbanding vapor.

“Sehingga kini tiada undang-undang berkaitan larangan mengguna shisha stick,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata namun demikian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Kementerian Pendidikan peringkat negeri dan daerah serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berkerjasama bagi memantau penyalahgunaan bahan yang disyaki mengandungi dadah.

Mohd Mokhtar berkata pemantauan dan risikan polis mendapati setakat ini penggunaan shisha stick bukan merupakan kaedah baharu bagi penyeludupan dan pengedaran dadah jenis ganja di negara ini.

Gambar shisha stick alat baharu lepas gian remaja sekolah

1514623_842682689142835_4292991867023003634_n

11887931_842682645809506_6693925419394361509_n

11828829_842682592476178_2234544455354600415_n

 

11846535_842682515809519_8716354956475210325_n

Tags: #budak sekolah #pelajar sekolah rendah #shisha stick #shisha stick pen