Awas!! Penyakit kelamin Boleh Berjangkit Melalui Wang Kertas

653 views

kelaminPenyakit jangkitan seks bukan sahaja boleh merebak melalui hubungan intim dengan pasangan, malahan melalui mengira wang kertas yang tercemar.

Amalan juruwang yang tidak membasuh tangan selepas menghitung duit mendedahkan mereka dengan penyakit jangkitan seks.

China Press melaporkan, seorang wanita bernama Ah Li dari Wen Zhou, China yang merupakan seorang juruwang terperanjat selepas disahkan dijangkiti penyakit jangkitan seks.

Terkejut dengan hakikat itu, wanita berumur 30 tahun tersebut mengheret tunangnya untuk melakukan pemeriksaan tetapi ujian mendapati bakal suaminya itu tidak berpenyakit.

Keadaan itu sekali gus menafikan sangkaan awal Ah Li bahawa tunangnya telah curang dan membawa penyakit yang dijangkiti daripada wanita lain.

Selepas siasatan teliti dilakukan doktor, Ah Li dipercayai telah menerima jangkitan bukan melalui aktiviti seks tetapi melalui amalannya yang tidak membasuh tangan selepas menghitung duit dan tetapi terus masuk ke tandas.

Selain Ah Lee, seorang lagi juruwang wanita berumur 20 tahun bernama Ah Le turut dipercayai mendapat penyakit jangkitan seks melalui saluran serupa.

Ah Le yang bekerja di bank merupakan anak dara tetapi dijangkiti penyakit seks. Seperti dengan Ah Lee, Ah Le juga tidak mencuci tangan selepas mengira duit.

Menurut doktor, penyakit seks boleh dijangkit melalui duit kertas yang disentuh oleh pesakit.