Atuk Ikhlas Terima Anak Dan Cucu

1032 views

Atuk Ikhlas Terima Anak Dan Cucu|Tampin: Walaupun baru hari ini mengetahui anaknya mempunyai anak luar nikah yang sudah berusia tiga tahun , kasih ayah mengatasi segala-galanya apabila memaafkannya.

Lelaki berusia 59 tahun itu berkata, dia hanya mengetahui ada seorang lagi cucu selepas anak perempuannya berusia 36 tahun ditahan polis awal pagi selepas meninggalkan cucunya sendirian dalam keadaan menyedihkan apabila dibiarkan kelaparan dan tidak terurus di rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh.

Menurutnya, anak sulung daripada tujuh beradik itu pulang ke rumah di FELDA Jelai untuk menjaga ibunya yang sakit, petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, anak menerima panggilan daripada anggota polis jam 2 pagi yang meminta datang ke Balai Polis Air Kuning Selatan, menyebabkan dia menemani anaknya itu.

“Saya tahu mengenai cucu saya itu selepas anak memberi keterangan kepada polis.

Sebelum ini, saya hanya tahu dia ada tiga anak iaitu perempuan berusia 16 tahun di bawah jagaan keluarga bekas suami pertama manakala dua anak lelaki berusia 13 dan 14 tahun dijaganya sendiri.

“Dia sudah tiga tahun tidak balik ke rumah kerana perselisihan faham tetapi sejak berkahwin dengan suami kedua dan isteri saya pula sakit tiga bulan lalu, dia kerap pulang menjaga ibunya itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Tampin, hari ini.

Katanya, dia berhasrat untuk menjaga cucunya itu.

Datuk kepada seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang ditinggalkan sendirian di rumah oleh ibu di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan, Gemencheh, berhasrat untuk menjaga cucunya itu.

Lelaki berusia 59 tahun terbabit berkata, dia hanya mengetahui ada seorang lagi cucu selepas anak perempuan berusia 36 tahun yang juga ibu budak itu ditahan polis, awal pagi tadi.

Menurutnya, anak sulung daripada tujuh beradik itu pulang ke rumah di FELDA Jelai untuk menjaga ibunya yang sakit, petang semalam.

Bagaimanapun, katanya, anak menerima panggilan daripada anggota polis jam 2 pagi yang meminta datang ke Balai Polis Air Kuning Selatan, menyebabkan dia menemani anaknya itu.

“Saya tahu mengenai cucu saya itu selepas anak memberi keterangan kepada polis.

Sebelum ini, saya hanya tahu dia ada tiga anak iaitu perempuan berusia 16 tahun di bawah jagaan keluarga bekas suami pertama manakala dua anak lelaki berusia 13 dan 14 tahun dijaganya sendiri.

“Dia sudah tiga tahun tidak balik ke rumah kerana perselisihan faham tetapi sejak berkahwin dengan suami kedua dan isteri saya pula sakit tiga bulan lalu, dia kerap pulang menjaga ibunya itu,” katanya ketika ditemui di Hospital Tampin, hari ini.

Katanya, dia sudah memaafkan anaknya dan mahu menjaga cucunya itu selepas ini dengan kebenaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi pihak terbabit akan merujuk ke mahkamah bagi mendapatkan kebenaran itu.

Tags: #Atuk Ikhlas Terima Anak Dan Cucu