Asus Zenfone 2 Dilancar Di Malaysia

1559 views

Asus-Zen2

Asus Zenfone 2 Dilancar Di Malaysia | Asus Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Asus Zenfone 2 pada hari ini.

Bagi pasaran di Malaysia, Asus Zenfone 2 hadir dalam 5 variasi iaitu variasi dengan spesifikasi asas, Asus Zenfone  2 ZE500CL. Ia mempunyai ruangan storan 8GB, skrin bersaiz 5-inci, kamera belakang 8-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel, memori 2GB RAM dan cip Intel Z2560 1.6Ghz. Ia akan dijual pada harga RM599.

Untuk spesifikasi pertengahan iaitu Asus Zenfone 2 ZE550ML , ia hadir dengan ruangan storan 16GB dan cip pemprosesan Intel Z3560 1.8GHz. Dijual pada harga RM749  manakala variasi 32GB berharga RM899 .

Bagi variasi dengan memori 4G  ia dijual pada harga RM 1099 untuk storan berkapasiti 32GB, dan RM 1299 untuk storan berkapasiti 64GB.

Mereka yang ingin membeli Asus Zenfone 2 ini boleh mendapatkannya di pengedar-pengedar rasmi Asus di seluruh Malaysia.

Sumber-Amanz.my

Tags: #asus malaysia #asus zenfone #asus zenfone 2 #ciri-ciri asus zenfone 2 #spesifikasi asus zenfone 2