Ashraf Sinclair & Isteri Diselar Kerana Buat ‘Vow Renewal’

736 views

WALAUPUN namanya sudah agak kurang diperkatakan peminat tempatan, rupa-rupanya banyak lagi yang setia mengikuti perkembangan pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Ashraf Sinclair.

Terbaharu, Ashraf dan isterinya penyanyi dan pelakon Indonesia, Bunga Citra Lestari telah diselar dan dikritik sebilangan pengikut laman Instagram gara-gara membuat upacara ‘vow renewal’ yang sinonim dengan masyarakat Barat.

Perjanjian perkahwinan merupakan satu upacara yang mana pasangan suami isteri akan memperbaharui ikrar perkahwinan mereka. Upacara ini dikatakan mula dipopularkan di Itali sejak zaman-berzaman yang kemudiannya menjadi ikutan kebanyakan pasangan suami isteri di Amerika Syarikat sejak tahun 1950-an lagi.

Kebiasaannya, upacara tersebut dilakukan di gereja sambil bersaksikan seorang paderi di hadapan mereka.

‘Vow Renewal’ gaya Ashraf – Bunga dilakukan pasangan ini sempena ulang tahun keenam perkahwinan mereka yang diraikan di lokasi romantis, Bali.

Memandangkan Ashraf dan Bunga beragama Islam, mungkin mereka fikir upacara begini sekadar ‘suka-suka’ mahu meraikan ikrar perkahwinan seperti dilakukan ramai pasangan Barat kot.

Bersaksikan tetamu yang hadir, majlis ini sekaligus ibarat mengajak rakan-rakan terapat turut berkongsi rasa bahagia yang melatari kehidupan suami isteri Ashraf dan Bunga sepanjang hidup sebagai suami isteri.

Sekadar mengimbau kenangan, di Bali jugalah tempat yang pernah mencetus kontroversi buat pasangan ini apabila mereka dirakam berkucup di pantai ketika masih belum punya sebarang ikatan sah satu ketika dulu.

Apa pun alasannya, hukum agama terutama melibatkan akidah harus diletakkan nombor satu dalam hidup seorang muslim.

Jika was-was bertanya dahulu pada yang pandai agama sebelum lakukannya, sebab niat tak menghalalkan cara – apatah lagi jika cuma unsur logik diambil kira. Bukan begitu? – MYNEWSHUB.CC

Tags: #‘Vow #Ashraf #Buat #Diselar #Isteri #Kerana #Renewal’ #Sinclair