Ashraf Muslim Bawa Para Isteri Dan Anak Bercuti Ke Bandung

2596 views

Biarpun sebelum ini pernah terpalit dengan pelbagai kontroversi, namun akhirnya kebahagiaan itu tetap milik mereka. Benarlah janji-janji Allah untuk lelaki seperti Ashraf Muslim yang bijak menangani segala isu yang timbul dengan tenang.

Biarpun beliau kini telah kurang membabitkan diri dalam kerjaya seni dan menumpukan dengan perniagaan, namun kehidupan Ashraf Muslim bersama dua orang isteri dan anak terus ingin diikuti para peminat. Ashraf juga dilihat sangat selesa berkongsi kisah kehidupan dia dan para isteri menerusi laman sosial.

BACA: Bahagia Ashraf Muslim Bersama Dayana & Wan Sakinah Di Majlis Aqiqah Anak

Kedua dua isterinya, Wan Sakinah & Dayana aktif di laman sosial Instagram dan sering berkongsi gambar mereka bersama dan terbaru peminat dihidangkan dengan gambar percutian mereka ke Bandung, Indonesia. Ramai peminat meninggalkan komen positif yang rata-ratanya menghormati Ashraf kerana mampu mempamerkan imej positif sebagai seorang suami yang mampu berlaku adil.

Berikut adalah gambar keluarga kecil ini sekitar percutian ke Bandung, Indonesia.

Memang respek melihat keakraban antara Sakinah dan Dayana yang tak ubah seperti sahabat-baik biarpun bermadu. Moga terus berbahagia bulan kalian sekeluarga.

Tags: #Anak #Ashraf #Bandung #Bawa #Bercuti #Isteri #Muslim #Para