Artis Popular Sertai Ajaran Sesat Ditahan

1279 views

artis popular sertai ajaran sesat ditahan
Artis Popular Sertai Ajaran Sesat Ditahan  | Dari laporan akhbar Metro, seorang pelakon yang juga penyanyi berusia dalam lingkungan 40an ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki menyertai dan menjadi pengikut ajaran sesat Millah Abraham. Turut ditahan bersama artis ini ialah isterinya.

Pasangan suami isteri ini ditahan di rumahnya setelah JAIS menerima laporan dibuat anak lelakinya sendiri yang tidak tahan dengan ajaran terpesong yang disertai artis ini.

Artis yang popular dengan aksi tiru gaya selebriti legenda ini dikatakan terpengaruh dengan seorang ahli keluarga yang menyebarkan ajaran tiu.

Ini laporan Metro:

“Dia ditahan selepas anaknya sendiri membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tidak dapat lagi menerima perlakuan ayahnya yang terpesong daripada ajaran Islam.

“Ketika waran dibacakan kepadanya, lelaki itu mencabar penguat kuasa agama supaya berdebat mengenai Islam,”

Penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di rumah artis itu turut menemui satu ‘kitab’ dari ajaran Millah Abraham.

Menurutnya, artis lelaki itu kini menunggu sebutan kes di mahkamah syariah dan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana kesalahan mengajar atau menjelaskan doktrin palsu.

Millah Abraham atau Milah Ibrahim merupakan ajaran yang difatwakan sesat. Di harap artis ini dapat bertaubat dan kembali ke ajaran Islam sebenar. – hotlips

Tags: #ajaran sesat di malaysia #artis ditangkap sertai ajaran sesat #artis popular ditahan jais #artis popular sertai ajaran sesat #artis sertai ajaran sesat #artis yang sertai ajaran sesat #artis yang setai ajaran sesat #berita artis masuk ajaran sesat #berita artis terkini berita artis terbaru #berita terkini artis #biodata artis yang sertai ajaran sesat #biodata pelakon yang sertai ajaran sesat #gambar artis popular sertai ajaran sesat #gambar artis sertai ajaran sesat #gosip artis masuk ajaran sesat #identiti artis popular sertai ajaran sesat #jais tahan artis popular #nama artis popular sertai jaran sesat #pelakon yang sertai ajaran sesat #punca sebenar artis popular masuk ajarat sesat