Apo Kahumbo, Suspek Dalang Kes Culik Ditembak Mati Dalam ‘Operasi Hitam’

KOTA KINABALU: Apo Kahumbo, suspek dalang kes culik rentas sempadan ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina dalam tempoh 72 jam dia ditahan dalam satu operasi hitam yang dilakukan untuk mengelakkannya meloloskan diri.

Suspek berusia 44 tahun itu terbunuh ketika dia cuba melarikan diri selepas dikawal ketat semasa tiba di sebuah mahkamah di pekan Bongao, wilayah Tawi-Tawi, Selatan Filipina.

Ketua Polis Tawi Tawi, Kolonel Joey Salido mengesahkan pada Sabtu bahawa Mobin Sahibudin Hailil atau Apo Kahumbo ditembak mati oleh polis Filipina pada Jumaat.

Beliau berkata siasatan akan dilakukan terhadap insiden tembakan yang dilepaskan terhadap Kahumbo.
Kahumbo ditahan kerana didakwa memiliki sepucuk pistol Colt.45, enam butir peluru dan bom tangan di sebuah pusat pemeriksaan bergerak di Kampung Sanga Sanga di wilayah Tawi Tawi pada Selasa lalu.

Tags: #'Operasi #Culik #Dalam #Dalang #Ditembak #Hitam' #Kahumbo #Mati #Suspek