Apakah Siti Saerah Dicerai Talak Tiga?

1106 views

Menurut laporan dari sebuah portal, adik kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah telah bercerai dengan pasangannya, Saiful Anuar.

Memetik sumber The Rakyat Post, Siti Saerah yang pernah dikenali sebagai seorang penyanyi, telah diceraikan dengan talak tiga!

Desas-desus ini menjadi semakin kuat apabila pagi ini, Siti telah memuat naik satu ‘post’ di laman Instagram peribadinya yang ditujukan khas buat adik beliau.

“Allah S.W.T Maha Adil dan Bijaksana. Apa yang telah diaturkan pasti yang terbaik untuk umatNya dan pasti ada peringatan buat yang melaluinya.

Buat @sairahtarudin, bertabahlah dan teruslah berjalan berpandu pada Allah. Insyaallah semuanya tenang.”

Siti Saerah dan pasangannya berkahwin pada tanggal 27 Oktober 2010 dan dikurniakan dua cahaya mata dalam usia empat tahun ikatan tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #Apakah #Dicerai #Saerah #Siti #Siti Saerah #Siti Saerah bercerai #Siti Saerah cerai #Siti Saerah Dicerai #Siti Saerah Dicerai Talak Tiga #Talak #tiga