Video Anwar Di Bebaskan

364 views

Video Anwar Di Bebaskan|KETUA Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras 11.33 pagi dengan berpakaian lounge suit dipercayai menuju ke Istana Negara.

Sementara itu Istana Negara memaklumkan, Anwar diberi dan dibenarkan pembebasan serta merta berkuat kuasa mulai dari tarikh persidangan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persektuan Kuala Lumpur, Labuan dan Wilayah.

Sebelum itu, Pengarah Komunikasi Strategik PKR Fahmi Fadzil memaklumkan Anwar akan memberi ucapan ringkas berhubung pembebasannya, namun dibatalkan pada saat akhir oleh Penguasa Penjara Sirajuddin Abdul Majid.

Keadaan itu secara tidak langsung menghampakan media tempatan mahupun antarabangsa yang menunggu beliau seawal 7 pagi.

Biarpun media cuba mengajukan pelbagai soalan, Anwar yang dikawal rapi hanya tersenyum dan melambai sebelum masuk ke dalam kenderaan Toyota Fortuner berwarna hitam.

Turut mengiringi beliau, isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menaiki kenderaan sama.

Turut kelihatan anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR.

Sementara itu, pasukan pengiring Anwar diketuai oleh Sirajuddin bersama lebih 50 pegawai dan anggota Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) serta Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia.

Pasukan berkenaan turut dibantu anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

 

Alhamdulillah DSAI dibebaskan. Kini menuju ke Istana Negara. #AnwarBebas

PubliƩe par Bebas Anwar sur mardi 15 mai 2018

Tags: #Anwar #Di Bebaskan #VIDEO