Anjing Kelaparan Diselamatkan, Makan Batu Dan Daun Untuk Terus Hidup

1550 views

Seekor anjing berada di dalam keadaan yang tersangat lapar telah diselamatkan oleh pusat kawalan haiwan di New Orleans. Anjing yang seberat 19kg ketika dijumpai itu dikatakan sedang berkeliaran di jalan-jalan di New Orleans ketika diselamatkan.

Setelah diselamatkan, anjing tersebut di X-Ray dan doktor terkejut kerana mendapati di dalam perutnya hanya ada beberapa ranting pokok(bersama daun) yang telah dikunyah dan juga beberapa ketul batu. Mereka mempercayai objek tersebut dimakan oleh Anjing yang diberi nama Alex itu untuk terus hidup.

‘Dia masih lagi berkelakuan baik dan manis dan pemaaf, walaupun telah mengalami kesengsaraan yang dialaminya selama ini”, kata Deanna Theanna, penolong pengarah Southern Animal Foundation.

Objek di dalam perut Alex telah dikeluarkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan perutnya tercedera.

Alex akan dilepaskan kepada tuannya yang baru setelah dia disahkan sihat dan berat badannya stabil –

Tags: #Anjing #Batu #DAUN #Diselamatkan #Hidup #Kelaparan #makan #Terus #untuk