Anjing bergaduh berebut kepala bayi

1890 views

Anjing bergaduh berebut kepala bayi|Ranau:Kelibat beberapa ekor anjing yang sedang bergaduh di hadapan sebuah rumah di Kampung Kimolohing pada pagi Ahad membawa kepada penemuan kepala bayi tanpa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah ketika mengesahkan kejadian itu berkata, kepala bayi berkenaan dijumpai penduduk kampung dalam keadaan tidak sempurna dan berulat.

“Dalam kejadian kira-kira jam11.30 pagi itu, seorang penduduk kampung, lelaki warga tempatan yang juga pengadu sedang menjemur pakaian di hadapan rumahnya sebelum terlihat mertua, adik ipar dan jiran sedang memerhati sesuatu.

“Oleh kerana musykil dengan situasi berkenaan, pengadu terus bergegas ke arah mereka untuk mengatahui apa sebenarnya yang sedang berlaku.

“Sebelum itu, pengadu mendakwa telah melihat beberapa ekor anjing di hadapan rumahnya sedang bergaduh seperti berebut makanan.

Tags: #Anjing bergaduh berebut kepala bayi