Anggota pengaman PBB di Golan dibebaskan

501 views


WASHINGTON 12 Sept. – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa 45 orang anggota pengaman yang diculik dua minggu lalu di Golan telah dibebaskan semalam dalam keadaan baik.

“Seramai 45 orang anggota pengaman dari Fiji telah diserahkan kepada Pasukan Pemerhati Pengunduran PBB (UNDOF) kira-kira pukul 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia),” kata jurucakap PBB.

Kesemua petugas berkenaan berada di bawah pengawasan UNDOF yang mana bertanggungjawab memantau gencatan senjata yang sudah termeterai di antara Israel dengan Syria pada tahun 1974 di Golan ketika kejadian penculikan tersebut berlaku. – AFP/Utusan

Tags: #Anggota #dibebaskan #Golan #Pengaman