Anak derhaka! Sepak, ugut bunuh ibu

576 views

anak derhaka

Kuala Lumpur: Anak derhaka. Itu gelaran sesuai diberikan terhadap seorang lelaki berumur 20-an yang tergamak menyepak ibunya berulang-kali di rumah mereka di Jalan San Peng di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, suspek lelaki terbabit turut memaki-hamun dan menghalau ibunya berusia 44 tahun keluar dari rumah berkenaan.

Kejadian dikatakan berpunca apabila mangsa menegur anaknya itu yang pulang ke rumah dalam keadaan mabuk.

Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun dibelasah di kepala dengan beg sandang secara mendadak oleh anaknya itu.

“Tindakan suspek menyebabkan mangsa terjatuh ke lantai. Mangsa yang cuba bangkit ditumbuk pula di kepala.

“Tidak cukup dengan itu mangsa ditendang beberapa kali di perut. Mangsa terus dibelasah walaupun beberapa kali merayu dilepaskan sebelum diheret keluar rumah.

“Mangsa berjalan meninggalkan kawasan perkarangan rumahnya dalam keadaan cedera di kepala, mata dan tangan sebelum duduk di bawah pokok.

“Sejam kemudian, mangsa menerima SMS dihantar anaknya yang mengugut mahu membunuhnya sekiranya wanita itu berani pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, suspek turut menghantar SMS kata-kata lucah kepada wanita malang itu.
“Mangsa menerima rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun HS Lee,” katanya.

Tags: #anak derhaka #anak sanggup sepak ibu #anak sepak ibu #anak tumbuk ibu #ibu kena halau #sepak ibu