AMPANG, Mangsa Dibakar Selepas Bertengkar

524 views

mati dibakar selepas bertengkar

 

AMPANG, Mangsa Dibakar Selepas Bertengkar|, (MLP) – Seorang lelaki ditemui rentung di dalam but kereta dipercayai dibunuh di tempat letak kenderaan berhampiran Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur, Taman TAR, kira-kira 10malam, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad, mangsa lelaki itu dipercayai dibakar akibat pertengkaran dengan sekumpulan lima lelaki lain yang menaiki kenderaan lain.

Polis sedang mengenal pasti identiti mangsa.

Menurut Khairuldin, mayat mangsa kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPPUKM) untuk dibedah siasat.

Harian Metro lapor, polis kini melancarkan sekatan jalan raya di beberapa jalan bagi memburu kumpulan suspek.

Kredit Gambar: Harian Metro.

Tags: #ampang #bakar orang #bunuh dan bakar #jenayah malaysia #lepas bertengkar #mangsa dibakar #mati.dibakar #MLP