Amaran Zizan Untuk Fazura?

827 views

Amaran Zizan Untuk Fazura? | La tak selesai lagi ke isu antara Zizan dan Fazura. Nampak macam makin panas je. Terbaru Zizan telah memuatnaik gambar di laman instagramnya. Gambar yang menunjukkan dirinya dan Johan. Nampak macam gambar biasa, tiada kontroversi kan.

zizan razak

 

Tetapi kapsyen yang ditulis dibawah gambar itu ‘Bila Kau Tiada Bakat, Bakat Orang Jangan Sekat‘ membuatkan para peminat mula membuat andaian. Aik Zizan bagi amaran pada siapa tu?

Amaran Zizan Untuk Fazura?

Ramai sudah sedia maklum sebelum ini Zizan pernah ditegur oleh Fazura ekoran sikapnya yang mencelah ketika program Maharaja Lawak Mega. Malah Zizan juga beberapa kali dikritik peminat kerana prestasi hambarnya bersama kumpulan Virus.

Apa yang menjadi persoalan, kapsyen yang ditulis itu ditujukan buat siapa? Fazura atau peminat? Namun ada peminat yang mengaitkan kapsyen itu dengan Fazura.

komen peminat kaitkan fazura

Ini antara komen dari peminat.

komen peminat untuk zizan

komen peminat tentang zizan

nasihat peminat untuk zizan

Masing-masing seolah meminta Zizan untuk menerima secara positif kritikan dari juri di MLM. Mereka turut menasihati Zizan untuk move on.

Dan nampaknya Zizan telah pun memadamkan kapsyen yang telah menimbulkan kontroversi itu dan menggantikannya dengan kapsyen yang lain

Salam guys..kenapa kah anda merujuk caption itu pada org lain dan pada seseorg.sedangkan caption itu sekadar rap dan caption sahaja.jangan salah erti.jaga langkah kaki..jangan tuding jari..salahkan diri sendiri.. #JOZAN #JOHAN #ZIZAN

Apapun diharapkan isu sebegini tidak berpanjangan. Zizan pun tidak memetik nama sesiapa, jadi kita tak tahu amaran itu sebenarnya ditujukan pada siapa. Mungkin sekadar luahan ketidakpuashatian dari Zizan.

sumber

Tags: #warning untuk fazura #zizan bagi amaran pada fazura #zizan tidak puas hati dengan fazura